Claude Agentic Staff - Third Edition
Kelas malam membina pasukan Claude Agents sebagai virtual staff, untuk delegate marketing, content dan operasi bisnes. Kerja banyak, tapi yang buat semua cuma kita seorang. Pagi reply email client. Tengah hari buat invoice dan quotation. Petang kejar client yang belum bayar. Malam baru teringat Facebook dah seminggu tak update, Zoom untuk kelas minggu depan pun belum setup. Semua kerja ni penting. Semua kerja ni kena buat. Dan semuanya jatuh atas bahu kita seorang. Lama-lama, yang terkorban ialah bisnes kita sendiri. Invoice lambat hantar, duit pun lambat masuk. Client tak di-follow up, bayaran tertunggak berminggu. Posting tak konsisten, orang lupa bisnes kita wujud. Kerja yang betul-betul bawa duit masuk, macam cari client baru dan bina produk, asyik tertangguh sebab masa habis dengan kerja admin. Nak ambil staff, kos gaji tak lepas. Nak buat semua sendiri, badan dah tak larat. Yang paling rugi, ramai dah bayar Claude setiap bulan tapi guna untuk tanya soalan je. Macam dah ada staff, tapi suruh dia duduk diam. Jalan keluarnya: bagi kerja tu pada Staff AI. Saya pun pernah lalu semua ni. Sampai satu tahap saya putuskan, kerja yang berulang setiap hari tu saya serahkan pada Claude. Bukan sekadar chat tanya soalan, tapi saya bina dia jadi staff. Setiap satu ada nama, ada tugas sendiri, dan tahu apa yang perlu dibuat. Ni pasukan Staff AI saya sekarang: - Saya ada Staff AI nama Mira yang handle Google Calendar, Zoom Meeting dan Event saya. - Saya ada Staff AI nama Lina yang handle invoicing dan quotation saya. - Saya ada Staff AI nama Aina yang handle social media saya update Fesbuk. - Saya ada Staff AI nama Hafiz yang akan check invoice tertunggak lebih seminggu, dan auto draft - follow up email untuk tanya bayaran. - Saya ada Staff AI nama Amir yang akan buat reporting setiap hari apa yang semua staff AI lain buat, dan summarizekan semua kerja untuk saya. Kerja yang dulu makan masa saya berjam-jam, sekarang saya cuma review dan approve. Dalam kelas Claude Agentic Staff - Third Edition pada Jumaat, 13 November 2026, saya akan tunjuk semua cara saya setup 5 Staff AI ni, step by step, dari kosong sehingga jadi 5 Staff AI yang sedia berkhidmat untuk kita. Dalam kelas ini, saya akan tunjuk bagaimana saya menggunakan Claude Agents sebagai virtual staff, di mana setiap agent mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing. Group support via Whatsapp untuk diskusi lanjut. Butiran kelas — Third Edition: 13 November 2026 (Jumaat) 8.30 malam – 11.30 malam (GMT +8) Lokasi: Online Zoom
Pay securely with CHIP. No account needed: we create one for you after payment.
